Faiz Abidin
5 min readJul 28, 2019

Maybe you encounter this kind of situation with your parent/s : you introduce you lover by showing of their pictures, or maybe just talking about them – how you guys met how tall he is, how the hell you fall to her – simply just a nice intro for making them understand and knowing, you’re indeed in a relationship.

They, maybe will respond your intention and action – like this : “Eleh, seluar dalam kau pun mak yang beli, ada hati nak bercinta.”

Maybe you will be mad and offended by their words or maybe in your smallest room of your heart will softly scream, ‘seriously, mak?!’ or maybe your inner self questioning the very statement of them ‘Apa kaitan spender dengan bercinta?’.

Maybe, you will not get the statement about seluar dalam. Maybe how they respond with other items but please take the ‘seluar dalam’ statement for a moment now.

Simply maybe they listen to your beautiful love stories because as all parents, they just wanted to be a good listener to their kids.

Few of us will get ‘emm, emmm.’ as they go through multiple pages of the newspaper maybe they will ‘Iyaa? Laaa ye ke?’ While they watering their plants.

Trust me, no matter what kind of respond, sometimes they just simply wanted to heard you. Nothing take for seriously. I mean they will, when you matured enough, or you minggu depan nak nikah dah.

So that’s why they just don’t care you tukar pasangan berapa kali, because they know, it is just a apart of you. They know, sad stories that you said, happy relationship that you had, takkan sama dengan hubungan yang kita ada yang dekat nak kahwin nanti.

Why did parents say “seluar dalam pun mak yang beli?” Or simply they don’t care about our love stories?

Because they know enough. A lot more than you could comprehend.

Bukanlah seluar dalam yang dia beli atau you yang pilih dia yang bayar menjadi issue. Bukanlah dia berkira dengan seluar dalam yang kadang kita malas nak bawak pegi mesin basuh dan cuci. Bukan juga soal nanti dah besar bayar balik duit seluar dalam tu.

Bukan.

Simply, tu semua bagaikan metafora. Atau mungkin mesej yang terselindung di balik seluar dalam yang kau pakai. Kadang mak bapak kita cakap main lepas ada di kepala diorang.

Beginilah, because they paid your spenders, meaning you are not adult that much. They paid your stuff simply you didn’t go through much shit yet in your life. Simply, you didn’t pay the bills – worst yet for your own life.

Because if you paid your bills, pay your own shits, then it would be finally, beautifully said ‘dah besar’ kind of person.

‘How so, bila dah bayar bill sendiri, buat hutang dan bayar hutang sendiri itu kira dah besar?’ You might ask.

I guess it is.

Sebabnya, bila kira sudah terjun ke alam kerja, secara automatis (bukan typo, saja bunyi indon sikit) hidup berubah seratus delapan puluh derajat.

Kita mula kenal orang tu, bukan lagi jadi teman sebilik, atau kawan huha huhi happy happy lepak milky tea. Bukan lagi kawan buat tumpang dari point A pergi point F. No. Dialah orang yang kita kenal, sama sama cari makan. Dari sini kau akan lihat, dia jenis apa. Mungkin kuat melenting, mungkin happy go lucky, maybe the best buddy, mungkin tukang membawang atau pembawa benci.

Kita mula kenal dunia yang bahawasanya menjadi kaya itu bukan senang. Nak complete-kan waktu kerja sehari bukan senang. Nak memiliki kenderaan (atas nama sendiri atau bayar sendiri) bukan senang. Nak memiliki kenderaan bukan main apply macam apply UPU.

Di sini kau sedar soal perbankan. Betapa cerewetnya mereka nak melepaskan sejumlah wang untuk harta yang kau liat nak bayar.

Dari sini kita kenal, memberi memerlukan kos. Tak kiralah apa. Hantar sana sini, ambil sana sini. Atau mungkin beri buah tangan kepada orang sakit.

Kita sedar, dunia ini semua berorentasikan kewangan. Bukan mahu kata duit itu penting, jauh sama sekali. Tapi wang adalah salah satu core dalam dunia. You will never run the life, without it. Itulah dunia, buat masa sekarang.

Maybe you kata, ‘duk umah je la. Tak keluar duit.’ Then you pay the house so that the house protect you, you pay the eletric so that you didn’t curse to the sky sebab kipas tak pusing. Yes, that’s why money always revolve around our life, our reality, at least nowadays.

Berbalik pada isu ‘seluar dalam’ tadi. Kenapa parents kita cakap macam tu? I guess by this very point of writing, you get it. Kenapa kena mampu beli seluar dalam dengan duit sendiri baru layak kita bercinta atau mungkin mereka baru mahu dengar dan nasihat kita soal cinta. Sebab di saat kita mampu beli seluar dalam sendiri, saat itu kita tahu value hidup kita. Kita tahu value kehidupan itu sendiri. Di saat itu kita sudah selesai tahu RM10 susah nak dapat, kereta besar bukan senang nak lepas bank, nak kumpul deposit rumah merupakan perkara yang menyakitkan tulang belakang. Kerna di sini, pointnya, kita sudah dewasa.

Kerna itu juga, adakalanya, kita mendengar dari mereka “Kerja dulu nak baru kau boleh bercinta.” Realiti. Nak buat macam mana lagi.

Tapi ya, kita ni nak jugak kemaruk bercinta. Ada yang mungkin dari darjah. Mungkin juga di waktu tingakatan 3. Bukan ingin apa, tapi itulah cinta tanpa sebarang komitment melibatkan kewangan. Saat kita bercinta waktu muda tu, mana fikir duit. Yang kita fikir dia tak reply mesej, dia mesej facebook dengan minah lain, yang si wanita kadang kala menyimpan seribu rahsia. Yang kita tahu hanya dia dan kita. Hanya itu. Bila dah bayar seluar dalam sendiri, lama kelamaan kau akan sedar, pentingnya dia kumpul duit, pentingnya dia memiliki rumah dahulu, peningnya untuk dia mengawal marah dan pentingnya dia pentingkan agama betapa bernilainya setia dan jangan berkira. Ya, saat itu bulatan cinta semakin besar sebab kita makin besar sebab ya, akhirnya kita sudah beli spender sendiri.

Entah, lupakan. Aku banyak melalut.

Nota : Saya bukan DBP jadi tatabahasa berterabur dan sengaja mencampurkan pelbagai bahasa dan saya sedar mungkin ada kehilangan kata. Tak apa, gasak sajalah.

No responses yet